Verizon Wireless Merangsang Ekosistem LTE Global sambil CTO Verizon, Dick Lynch Umum Rancangan Pengukuhan Kedudukan

Full Transparency

Our editorial transparency tool uses blockchain technology to permanently log all changes made to official releases after publication.

More of our content is being permanently logged via blockchain technology starting [10.23.2020].

Learn more

BARCELONA, Sepanyol, dan BASKING RIDGE, New Jersey — Dalam langkah yang mampu merangsang pengukuhan kedudukan bagi rangkaian Long Term Evolution (LTE) 4G secara global, Dick Lynch, naib presiden eksekutif dan ketua pegawai teknologi Verizon, memperincikan perancangan untuk membina rangkaian Long Term Evolution (LTE) generasi depan yang pertama di Amerika dalam ucapan dasarnya di Kongres Dunia Komunikasi Mudah Alih di Barcelona hari ini.

Lynch mengumumkan bahawa Verizon Wireless, organisasi usaha sama antara Verizon Communications dan Vodafone, telah memilih Ericsson dan Alcatel-Lucent sebagai vendor rangkaian utama bagi pengaturan kedudukan rangkaian LTE awalnya di Amerika Syarikat. Pengumuman Verizon ini hadir sejurus selepas percubaan rangkaian LTE terkemuka di Amerika Syarikat dan Eropah, yang dilaksanakan hasil kerjasama dengan Vodafone. Kedua-dua vendor ini dikehendaki membina infrastruktur dasar projek ini yang membolehkan Verizon Wireless menjadi syarikat wayarles pertama yang menawarkan perkhidmatan berasaskan LTE komersial di Amerika Syarikat pada 2010.

Lynch berkata, "Pengaturan kedudukan rangkaian LTE milik Verizon Wireless dipacu oleh visi kami untuk menawarkan kesalinghubungan dan mobiliti jalur lebar wayarles global yang mudah didapati. LTE memungkinkan kami terus dapat memenuhi permintaan pelanggan yang mahukan lebar jalur lebih tinggi, perkhidmatan kependaman rendah yang ditawarkan secara meluas di Amerika Syarikat dan di peringkat global, di samping membantu kami memenuhi permintaan pengguna untuk mendapatkan banyak aplikasi yang selalu mereka pakai apabila menggunakan rangkaian berwayar yang tinggi lebar jalur."

"Pengaturan kedudukan Verizon Wireless terhadap LTE menetapkan arah yang seragam dalam menawarkan jalur lebar wayarles global yang sebenar, dan Ericsson berbesar hati dapat menjadi sebahagian dari acara bersejarah ini," kata Carl-Henric Svanberg, presiden dan ketua pegawai eksekutif, Ericsson. "Kami bukan sekadar menyediakan buat Verizon Wireless dengan penyelesaian LTE lengkap, kami juga menguntukkan kepimpinan global kami dalam teknologi dan penstandardan bagi membantu Verizon merealisasikan janjinya terhadap LTE pada 2010. Kami juga tidak sabar-sabar lagi untuk meneruskan kerjasama dalam pemerdagangan cemerlang LTE, yang akan menawarkan pengalaman komunikasi jalur lebar mudah alih baru yang dipertingkatkan buat para pengguna dan perniagaan di Amerika Syarikat."

"Langkah berinovasi Verizon Wireless ke arah LTE menegaskan komitmennya dalam memacu dan merangsang persekitaran yang dapat menawarkan buat para pelanggannya kapasiti yang lebih besar dan perkhidmatan baru di lebih banyak kawasan berbanding sebelum ini," komen Ben Verwaayen, ketua pegawai eksekutif Alcatel-Lucent. "Dengan adanya lebar jalur LTE dan keupayaannya untuk diintegrasikan dengan platform 3G sedia ada, kami teruja untuk bekerjasama dengan Verizon Wireless bagi membina asas generasi depan yang dapat menawarkan komunikasi bentuk baru secara lebih berekonomi menggunakan talian tetap dan wayarles, selain komunikasi jalur lebar mudah alih."

Verizon Wireless turut mengumumkan bahawa selain dari Ericsson dan Alcatel-Lucent, Starent Networks juga dipilih sebagai vendor berteraskan paket.

Selain itu, Verizon mengumumkan bahawa Nokia Siemens Networks dan Alcatel-Lucent dilantik sebagai pembekal utama rangkaian IP Multi-Media Subsystem IMS) miliknya, yang membenarkan banyak aplikasi multimedia tanpa mengira teknologi capaian. IMS bakal menjadi teknologi tunjang dalam evolusi infrastruktur perkhidmatan Verizon. Tambahan lagi, Verizon merancang untuk menawarkan aplikasi dan perkhidmatan tertumpu IP berasaskan IMS pada rangkaian jalur lebar wayarles dan talian tetap kepunyaannya. LTE juga akan menjadi salah satu rangkaian capaian wayarles utama yang mempunyai pautan kepada teknologi IMS.

Lynch menyatakan bahawa dengan membangun dan menawarkan perkhidmatan komersial pada rangkaian LTE dari Verizon Wireless, di samping meluaskan rangkaian gentian, ia juga konsisten dan menumpukan kepada strategi masa depan yang komited dalam jalur lebar. Sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini, jumlah perbelanjaan modal adalah pada anggaran $17 bilion dolar USD pada 2008. Lynch menegaskan bahawa kos rangkaian LTE boleh dirangkum dalam program keseluruhan syarikat ketika perbelanjaan bertukar dari teknologi lama kepada inisiatif strategik baru, seperti LTE. Syarikat menjangka dapat mengekalkan perkhidmatan komersial pada perkhidmatan 3G miliknya sehingga ke dekad yang akan datang.

"Vodafone begitu berbangga dapat menyokong keputusan Verizon Wireless untuk memilih para vendor ini sebagai sebahagian dari rancangan pengaturan kedudukan LTE mereka di Amerika Syarikat," kata Steve Pusey, ketua pegawai teknologi bagi Vodafone. "Selain menyokong rancangan untuk pasaran Amerika Syarikat ini, Vodafone akan terus bekerjasama erat dengan Verizon Wireless dalam pelbagai inisiatif yang direka bagi memacu pembangunan komersial LTE, termasuk program percubaan yang meluas."

Pusat Inovasi 4G/LTE
Lynch turut mengumumkan bahawa Verizon Wireless berharap dapat merangsang penyelesaian kreatif bagi menghubungkan orang ramai, tempat dan benda secara wayarles di rangkaian LTE miliknya dengan membina Pusat Inovasi Verizon LTE, yang berpangkalan di subbandar komuniti Boston di Waltham, Mass. Dengan sokongan rakan kongsi pengasas Ericsson dan Alcatel-Lucent, Lynch menyatakan bahawa misi Pusat Inovasi ini adalah bagi menjadi pemangkin bagi pembangunan awal produk bukan tradisional untuk digunakan di rangkaian LTE. Beberapa syarikat sudah menunjukkan minat terhadap Pusat ini, yang akan memberi tumpuan sepenuhnya dalam membantu rakan kongsi teknologi Verizon Wireless untuk pantas membangunkan dan memasarkan penyelesaian berasaskan LTE baru dan inovatif dalam sektor elektronik pengguna, mesin ke mesin dan segmen produk perniagaan.

Percubaan dan Pengaturan Kedudukan
Dengan menggunakan spektrum sedia ada, Verizon Wireless dan Vodafone telah menjalankan ujian lapangan rangkaian 4G LTE di Minneapolis, Columbus, Ohio, dan Northern New Jersey di Amerika Syarikat, serta di Budapest, Düsseldorf, dan Madrid di Eropah, bersama-sama dengan ramai pembekal infrastruktur rangkaian berbeza. Percubaan lapangan ini menunjukkan bahawa kadar muat turun adalah pada 50 hingga 60 Mbps kelajuan puncak, walaupun keputusan muat turun purata sebenar tidak dapat ditentukan sehingga pelancaran komersial rangkaian Verizon Wireless LTE baru. Dengan menggunakan spektrum 700 MHz yang baru dimilikinya, Verizon Wireless bakal meluaskan percubaannya pada musim panas ini, dan Lynch menyatakan bahawa syarikatnya bakal melancarkan rangkaian LTE secara komersial pada 2010. Sebaik sahaja pelaksanaan peringkat awal siap, rancangan diatur rapi bagi pengaturan kedudukan agresif di sepanjang keseluruhan rangkaian Verizon Wireless, termasuk di kawasan yang belum diliputi oleh capaian Verizon Wireless sedia ada.

Dengan mempertingkatkan spektrum 700 MHz miliknya bagi pengaturan kedudukan LTE, Verizon Wireless dilihat mampu mengatur kedudukan rangkaian jalur lebar wayarles berkualiti tinggi dengan pantas serta liputan yang hebat dan penembusan dalam bangunan, semuanya pada struktur kos jauh lebih rendah dari tahap sedia ada. Verizon Wireless dan Vodafone, disertai kumpulan besar pembekal ekosistem LTE -— syarikat infrastruktur, peranti dan teknologi —- kini memajukan teknologi yang dapat menyampaikan perkhidmatan jalur lebar wayarles yang belum pernah diperkenalkan untuk pengkomputeran komunikasi mudah alih berprestasi tinggi, multimedia dan peranti serta aplikasi elektronik pengguna.

Ikrar LTE
Rangkaian wayarles berasaskan LTE termaju bakal menyokong aplikasi baru yang hebat, yang hari ini hanya boleh dicapai oleh perniagaan dan pengguna melalui rangkaian talian tetap berkelajuan tinggi. Selain dari sekadar e-mel dan capaian Internet yang lebih pantas dan perkhidmatan video yang berkualiti lebih baik, pengguna wayarles bakal boleh membawa aplikasi yang biasa mereka guna di rumah atau di pejabat ke dalam dunia komunikasi mudah alih; perayauan ke rangkaian LTE global lain bakal menyediakan kelebihan mudah alih untuk membawa aplikasi tersebut secara maya ke mana-mana sahaja. LTE turut menawarkan kemungkinan menyediakan liputan di sesetengah kawasan luar bandar yang ketika ini belum mempunyai capaian jalur lebar wayarles. Yang lebih penting, rangkaian LTE wayarles yang berkeluasan besar dapat menghubungkan semua peranti elektronik pengguna dan mesin antara satu sama lain —- kesalinghubungan wayarles sebenar yang tiada tandingannya.

Lynch menyatakan, "Desakan bagi perkhidmatan jalur lebar baru dan inovatif memang tidak pernah terhenti: Orang ramai mahu isi kandungan baru dan mengikut pesanan, maklumat dan perkhidmatan yang relevan, dan peningkatan peluang untuk berkomunikasi antara satu sama lain dan dunia di sekeliling mereka. Dengan ikrar penawaran peranti dan aplikasi yang lebih maju, Verizon sedia untuk memimpin jalan bagi memanfaatkan kuasa LTE, di permulaan revolusi LTE ini."

Pengumuman LTE hari ini tercetus dari kepimpinan teknologi Verizon Wireless. Verizon Wireless merupakan syarikat pertama mengatur kedudukan secara komersial bagi perkhidmatan jalur lebar wayarles berkelajuan tinggi di Amerika Syarikat -— rangkaian jalur lebar wayarles berasaskan teknologi CDMA Evolution-Data Optimized (EV-DO) yang merangkumi sekitar 274 juta orang dari pantai ke pantai. Usaha dan dedikasi syarikat ini terhadap inovasi dan kepimpinan dipamerkan melalui pengenalan peranti dan perkhidmatan multimedia barunya, pendekatan menyokong pelanggan dalam isu-isu industri seperti spam dan privasi wayarles, serta program pembangunan terbukanya yang mengepalai industri.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang produk dan perkhidmatan Verizon Wireless, lawati Verizon Wireless Communications Store, hubungi talian 1-800-2 JOIN IN atau layari www.verizonwireless.com.

Berkenaan Verizon Wireless
Verizon Wireless mengendalikan rangkaian suara dan data wayarles terbesar dan paling dipercayai dalam negara, memberi perkhidmatan kepada lebih 80 juta pelanggan. Beribu pejabat di Basking Ridge, N.J. dan menggaji lebih 85,000 pekerja di seluruh negara, Verizon Wireless adalah usaha sama antara Verizon Communications (NYSE: VZ) dan Vodafone (NYSE dan LSE: VOD). Bagi mendapatkan maklumat lanjut, layari www.verizonwireless.com. Bagi menonton previu dan mendapatkan sedutan video berkualiti siaran dan gambar pegun resolusi tinggi berkenaan operasi Verizon Wireless, layari Verizon Wireless Multimedia Library di www.verizonwireless.com/multimedia.  

####

Related Articles

02/15/2021

Virtual Reality (VR) has begun to transform medicine in profound ways. VR solutions are being used to train doctors and to plan and practice operations.

10/23/2020

Verizon’s military discounts site shows everything you need to know about Wireless offers, FiOS savings and military career opportunities, all in one place, making it simple for service members and veterans to discover what Verizon has to offer.